Wednesday, 12 August 2015

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Apa khabar semua?..sihat?...hihi...
Semalam saya telah meberikan sebuah artikelengenai faktor-faktor kedatangan potugis ke melaka....hari ni saya akan menulis sedikit artikel yang beratajuk bagaimana portugis mengusai melaka..
Harap semia tehibur dengan artikel ini....
*jika ada sebarang kesilapan maklumat sila tegur saya ye kerana saya baru mempelajari tentang sejarah ini...
Portugis mengesuai melaka
  • IAnya bermula dari rombomgan portugis ke melaka.
  • Rombongan Portugis di bawah pimpinan Lopez de Sequeira tiba di Melaka pada tahun 1509.  
  • Rombongan tersebut dihantar oleh raja Portugal untuk memulakan hubungan antara kedua-dua kerajaan.     
  • Rombongan Portugis disambut dengan baik.  
  • Rombongan tersebut diberi jaminan;
 i. dibenarkan berniaga di Melaka.
ii. keselamatan mereka dijamin oleh Sultan Melaka. 
  •  Kedatangan Portugis sudah diketahui oleh pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat. 
  • Mereka menyampaikan laporan bahawa Portugis ke Melaka untuk; 
i. menguasai perdagangan.
ii. menentang agama Islam.  
  • Bendahara Tun Mutahir  telah menasihati Sultan Mahmud untuk menangkap orang Portugis. Seterusnya; 
i. pegawai kanan rombongan, Ruy de Araujo dan beberapa orang Portugis ditangkap.
ii. beberapa orang Portugis telah dibunuh. iii. Lopez de Sequeira dan beberapa orang  pengikutnya berjaya melarikan diri lalu melaporkan tentang serangan Melaka kepada Alfanso de Albuquerque, iaitu wizurai Portugal di India.   
  • Alfanso de Albuquerque atas arahan raja Portugal tiba di Melaka pada tahun 1511
  •  Alfanso de Albuquerque mengemukakan tiga tuntutan; 
i. membebaskan tawanan Portugis.
ii. pembayaran ganti rugi. 
iii. kebenaran untuk membina kubu di Melaka.  
  • Sultan Mahmud Shah telah menolak semua tuntutan dan  ini membuka peluang untuk Portugis menyerang Melaka. 
*hahaha...skian sahaja artikel saya untuk kali ini....nak tahu sambunganya sila tunggu artikel setrusnya ye....haha...sekian...

No comments:

Post a Comment