Tuesday, 11 August 2015

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Hai apa khabar semua pembaca...
Artikel saya yg lepas telah mempaparkan sebuah kisah mengenai sejarah penamaan negeri melaka....
MEnepati dengan tajuk blog ini dicipta,Hari ini saya akan memaparkan pula artikel yg bertajuk faktor-faktor kedatangan portugis ke melaka....saya harap semua pembaca terhibur dengan artikel ini....
Selamat membaca..

Faktor-faktor kedatangan portugis ke melaka

  • Terdapat 4 faktor kedatangan portugis ke melaka iaitu gold(kekayaan/perdagangan),glory(kemegahan),gospel(keagamaan)dan yang terakhir galakan putera Henry(1394-1460l) 
  • Mari kita ungkai satu persatu faktor ini..
      Gold  (Perdagangan/ Kekayaan)  
Portugis ingin menguasai perdagangan rempah (lada hitam, kayu manis, bunga cengkih, dan buah pala). 
 Bahan rempah mempunyai permintaan  yang tinggi di Eropah kerana; 
i. mengawet dan menyedapkan makanan seperti daging.
 ii. memanaskan badan.  
Sebelum ini pedagang Islam menjual rempah dengan harga yang mahal di Eropah.  Portugis juga ingin menghalang monopoli pedagang-pedagang Islam di Timur. 
Glory (Kemegahan)

Portugis ingin meningkatkan martabat negaranya dengan menggunakan kemahiran mereka dalam aktiviti penjelajahan dan pelayaran.
Portugis ingin membina sebuah empayar di luar Eropah.
Gospel (Keagamaan) 
Portugis ingin menyebarkan agama Kristian dan menghapuskan di Timur.  Orang Portugis ingin meneruskan Perang Salib dengan; 
i. menebus kembali kekalahan mereka di tangan tentera Islam dalam Perang Salib. 
ii. menghancurkan kerajaan-kerajaan Islam di Timur. 
Galakan Putera Henry (1394 - 1460)
Putera Henry menggalakkan pelayar Portugis menjelajah dengan mendirikan sebuah sekolah pelayaran di Portugal. Kejayaan-kejayaan pelayaran yang dicapai termasuklah : 
i. Tahun 1488 – Bartholomew Diaz sampai ke Tanjung Harapan. 
ii. Tahun 1498 – Vasco da Cama sampai ke India.
 iii. Tahun 1509 – Lopez de Sequeira tiba ke Melaka. 

  • Sekian sahaja artikel pada kali ini saya harap anda semua terhibur dan artikel ini dapat membantu anda mengetahui lebih lanjut nengenai sejarah mengenai negeri melaka yg tercinta ini...kita berjumpa lagi untuk artikel seterusnya pada esok hari...in sha allah....sebelum saya mengundur diri izinkan saya memberi serangkap pantun:

Enak sungguh si buah berangan
enak dimakan bersama kuah 
sejarah melayu dilupa jangan
agar belia tegak bermaruah

Sekian terima kasih...




No comments:

Post a Comment