Hari ini kami akan memaparkan sebuah kisah mengenai sejarah kemunculan negeri melaka.klau tak kenal maka tak cinta..oleh itu marilah kita bersama-sama mebaca sedikit sejarah negeri melaka yang tercinta ini...moga bermanfaat...
Sejarah kemunculan Negeri Melaka
Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam . Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.
Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negeri ini sempena nama pohon tersebut.
Begitulah bermulanya kisah Kewujudan negeri melaka yang indah ni....saya harap semoga anda semua terhibur dan sudah mula seronok untuk mempeljari mengenai sejarah negeri melaka ini...semoga kita bertemu lagi dimasa akan datang..haha..sekian...
No comments:
Post a Comment