Wednesday 12 August 2015

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Apa khabar semua?..sihat?...hihi...
Semalam saya telah meberikan sebuah artikelengenai faktor-faktor kedatangan potugis ke melaka....hari ni saya akan menulis sedikit artikel yang beratajuk bagaimana portugis mengusai melaka..
Harap semia tehibur dengan artikel ini....
*jika ada sebarang kesilapan maklumat sila tegur saya ye kerana saya baru mempelajari tentang sejarah ini...
Portugis mengesuai melaka
  • IAnya bermula dari rombomgan portugis ke melaka.
  • Rombongan Portugis di bawah pimpinan Lopez de Sequeira tiba di Melaka pada tahun 1509.  
  • Rombongan tersebut dihantar oleh raja Portugal untuk memulakan hubungan antara kedua-dua kerajaan.     
  • Rombongan Portugis disambut dengan baik.  
  • Rombongan tersebut diberi jaminan;
 i. dibenarkan berniaga di Melaka.
ii. keselamatan mereka dijamin oleh Sultan Melaka. 
  •  Kedatangan Portugis sudah diketahui oleh pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat. 
  • Mereka menyampaikan laporan bahawa Portugis ke Melaka untuk; 
i. menguasai perdagangan.
ii. menentang agama Islam.  
  • Bendahara Tun Mutahir  telah menasihati Sultan Mahmud untuk menangkap orang Portugis. Seterusnya; 
i. pegawai kanan rombongan, Ruy de Araujo dan beberapa orang Portugis ditangkap.
ii. beberapa orang Portugis telah dibunuh. iii. Lopez de Sequeira dan beberapa orang  pengikutnya berjaya melarikan diri lalu melaporkan tentang serangan Melaka kepada Alfanso de Albuquerque, iaitu wizurai Portugal di India.   
  • Alfanso de Albuquerque atas arahan raja Portugal tiba di Melaka pada tahun 1511
  •  Alfanso de Albuquerque mengemukakan tiga tuntutan; 
i. membebaskan tawanan Portugis.
ii. pembayaran ganti rugi. 
iii. kebenaran untuk membina kubu di Melaka.  
  • Sultan Mahmud Shah telah menolak semua tuntutan dan  ini membuka peluang untuk Portugis menyerang Melaka. 
*hahaha...skian sahaja artikel saya untuk kali ini....nak tahu sambunganya sila tunggu artikel setrusnya ye....haha...sekian...

Tuesday 11 August 2015

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Hai apa khabar semua pembaca...
Artikel saya yg lepas telah mempaparkan sebuah kisah mengenai sejarah penamaan negeri melaka....
MEnepati dengan tajuk blog ini dicipta,Hari ini saya akan memaparkan pula artikel yg bertajuk faktor-faktor kedatangan portugis ke melaka....saya harap semua pembaca terhibur dengan artikel ini....
Selamat membaca..

Faktor-faktor kedatangan portugis ke melaka

  • Terdapat 4 faktor kedatangan portugis ke melaka iaitu gold(kekayaan/perdagangan),glory(kemegahan),gospel(keagamaan)dan yang terakhir galakan putera Henry(1394-1460l) 
  • Mari kita ungkai satu persatu faktor ini..
      Gold  (Perdagangan/ Kekayaan)  
Portugis ingin menguasai perdagangan rempah (lada hitam, kayu manis, bunga cengkih, dan buah pala). 
 Bahan rempah mempunyai permintaan  yang tinggi di Eropah kerana; 
i. mengawet dan menyedapkan makanan seperti daging.
 ii. memanaskan badan.  
Sebelum ini pedagang Islam menjual rempah dengan harga yang mahal di Eropah.  Portugis juga ingin menghalang monopoli pedagang-pedagang Islam di Timur. 
Glory (Kemegahan)

Portugis ingin meningkatkan martabat negaranya dengan menggunakan kemahiran mereka dalam aktiviti penjelajahan dan pelayaran.
Portugis ingin membina sebuah empayar di luar Eropah.
Gospel (Keagamaan) 
Portugis ingin menyebarkan agama Kristian dan menghapuskan di Timur.  Orang Portugis ingin meneruskan Perang Salib dengan; 
i. menebus kembali kekalahan mereka di tangan tentera Islam dalam Perang Salib. 
ii. menghancurkan kerajaan-kerajaan Islam di Timur. 
Galakan Putera Henry (1394 - 1460)
Putera Henry menggalakkan pelayar Portugis menjelajah dengan mendirikan sebuah sekolah pelayaran di Portugal. Kejayaan-kejayaan pelayaran yang dicapai termasuklah : 
i. Tahun 1488 – Bartholomew Diaz sampai ke Tanjung Harapan. 
ii. Tahun 1498 – Vasco da Cama sampai ke India.
 iii. Tahun 1509 – Lopez de Sequeira tiba ke Melaka. 

  • Sekian sahaja artikel pada kali ini saya harap anda semua terhibur dan artikel ini dapat membantu anda mengetahui lebih lanjut nengenai sejarah mengenai negeri melaka yg tercinta ini...kita berjumpa lagi untuk artikel seterusnya pada esok hari...in sha allah....sebelum saya mengundur diri izinkan saya memberi serangkap pantun:

Enak sungguh si buah berangan
enak dimakan bersama kuah 
sejarah melayu dilupa jangan
agar belia tegak bermaruah

Sekian terima kasih...




Monday 10 August 2015

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini kami akan memaparkan sebuah kisah mengenai sejarah kemunculan negeri melaka.klau tak kenal maka tak cinta..oleh itu marilah kita bersama-sama mebaca sedikit sejarah negeri melaka yang tercinta ini...moga bermanfaat...

Sejarah kemunculan Negeri Melaka


Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.

Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negeri ini sempena nama pohon tersebut.
Begitulah bermulanya kisah Kewujudan negeri melaka yang indah ni....saya harap semoga anda semua terhibur dan sudah mula seronok untuk mempeljari mengenai sejarah negeri melaka ini...semoga kita bertemu lagi dimasa akan datang..haha..sekian...

Friday 7 August 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
ini adalah sebuah blog baru yg bakal diedit oleh 6 pelajar mahasiswa Politeknik Merlimau Melaka bagi tugasan e-folio kami.
Tujuan blog ini dibina adalah bagi memaparkan kisah dan sedikit info tentang kedatangan PORTUGIS ke Melaka.
sebagai penutup, izinkan saya memberi serangkap pantun:
Buah cempedak di luar pagar,
Ambik galah tolong jolokkan ,
Kami budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.


sekian...